Berikut adalah beberapa tips untuk membantu anda dalam mencari peguam LPPSA yang tepat:
1. Layari Laman Web LPPSA
LPPSA menyediakan portal bagi Pelanggan-Pelanggan LPPSA untuk mencari dan melantik barisan panel firma guaman LPPSA bagi menguruskan jualbeli hartanah yang menggunakan pinjaman atau pembiayaan LPPSA. Kunjungi laman web rasmi LPPSA untuk mendapatkan senarai peguam yang disenaraikan di bawah lembaga tersebut.
Klik untuk menyemak Peguam LPPSA
2. Rujuk Rakan atau Keluarga
Tanya rakan atau ahli keluarga yang pernah membeli hartanah menggunakan loan LPPSA. Rekomendasi dari orang yang anda percayai adalah sumber maklumat yang jujur.
3. Gunakan Perkhidmatan Laman Sesawang lain
Terdapat perkhidmatan laman sesawang “website” lain yang boleh membantu anda untuk mencari peguam atau firma guaman berdasarkan lokaliti anda, bidang kepakaran, dan lain-lain. Contohnya, di Malaysia, anda boleh menggunakan perkhidmatan seperti “Bar Council Malaysia – Find a Lawyer” atau “Simplifi”.
Klik untuk menyemak Peguam di Majlis Peguam Malaysia
Klik untuk menyemak Peguam di Simplifi
Setelah anda telah mendapatkan nama firma guaman atau peguam yang anda ingin melantik, pastikan anda semakan semula di dalam portal LPPSA untuk memastikan peguam @ firma guaman lantikan anda merupakan panel LPPSA.
4. Semak Ulasan atau Review
Membaca ulasan atau review dari klien terdahulu dapat memberikan anda gambaran tentang pengalaman orang lain dengan peguam atau firma guaman tersebut. Beberapa laman web seperti Google Reviews atau platform ulasan peguam dapat memberikan maklumat ini.
Klik untuk melihat Review kami
5. Saring Berdasarkan Bidang Amalan Peguam
Pastikan peguam yang anda ingin melantik mempunyai pengalaman dan mengkhususkan amalan guaman dalam bidang hartanah atau “conveyancing” bagi memenuhi keperluan anda untuk menguruskan segala transaksi dan dokumentasi yang berkaitan jual beli dan pinjaman LPPSA.
Setelah anda mendapatkan firma guaman atau peguam tersebut, sekali lagi, semak semula dengan portal LPPSA untuk mengetahui sama ada peguam atau firma guaman tersebut berpanel LPPSA ataupun tidak.
6. Lokasi dan Aksesibiliti
Pilih peguam yang berlokasi secara strategik dan mudah untuk anda akses. Ini dapat membantu anda untuk hadir ke Pejabat Peguam tersebut untuk sebarang urusan berkaitan penyempurnaan tandatangan anda. Namun begitu, jika Peguam tersebut dapat menghadirkan diri ke lokasi klien, ia bukanlah faktor untuk dipertimbangkan.
Tetuan Nor Chambers menguruskan Jual Beli Hartanah, seperti rumah dan tanah seluruh Semenanjung Malaysia.
7. Dapatkan sebutharga Bil Guaman SPA dan Pinjaman LPPSA
Sebelum membuat keputusan muktamad untuk melantik Peguam LPPSA anda, dapatkan maklumat tentang jumlah Bil Guaman terlebih dahulu. Pastikan anda memahami dengan jelas berapa yang akan dikenakan dan apa yang termasuk dalam bayaran tersebut.
8. Lakukan Siasatan Tambahan
Sebelum membuat keputusan muktamad, lakukan siasatan tambahan terhadap peguam yang dipilih menggunakan segala medium media sosial yang anda punyai. Pastikan mereka tidak mempunyai catatan profesional yang buruk dan memastikan bahawa mereka mematuhi etika undang-undang.
Kandungan penulisan ini, ketika tarikh ia diterbitkan adalah hanya sebagai rujukan umum. Ia tidak sama sekali bagi tujuan nasihat perundangan. Dapatkan nasihat guaman mengenai situasi anda secara khusus sebelum mengambil sebarang tindakan.
The calculation formula for Tenancy Agreement Stamp Duty has amendments in the Finance Bill 2024. As of January 1, 2025, the new stamp duty calculation was implemented. Find out more on the NEW amendment here.
Feel FREE to make use of our Tenancy Agreement Calculator below. Please do not hesitate to Get in Touch for a quotation for services required
Disclaimer:
We have made every effort to ensure the accuracy and correctness of the calculations, contents, information or data contained in this section. However, we do not represent or warrant the truth, accuracy, completeness and correctness of the same. We accept no liability for loss or damage suffered or incurred by you or your estate as a result of your reliance on the material above or howsoever arising from the use of the information or material presented herein. This page is intended for general awareness purposes only and should not amount to any form of advice.