PROSES JUAL BELI RUMAH: SOAL JAWAB LENGKAP

Soalan : Boleh saya tahu berapa lama proses jual beli rumah yang saya beli ni dan apa prosesnya?

Ok kita start dengan prosidur basic 3 + 1 yang ada geran

Kalau Hartanah tu ada geran dan status dia freehold tak perlu consent estimated 3 bulan dari tarikh Surat Perjanjian Jual beli

Kalau ada. Consent (kebenaran) 3 bulan dari tarikh consent dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri/Pihak Berkuasa Negeri di akui terima oleh Peguam.

Proses yang terlibat

(1) Drafting S&P – 3 hari bekerja

(Untuk dapatkan approval kedua dua pihak sekiranya penjual tidak melantik Peguam dan tumpang Peguam Pembeli untuk urusan Jual Beli )

# sekiranya Penjual melantik Peguam – estimated 1 minggu sebab Peguam Pembeli akan berurusan dengan Peguam Penjual untuk menjaga kepentingan masing masing atas persetujuan terma terma jualan seperti contoh :

(i) ada beberapa perkara perlu dibuat oleh Penjual sebelum Hartanah tersebut dapat dibuat perserahan milikan kosong atau ada perabut yang akan ditinggalkan didalam Rumah/Hartanah tersebut)

(ii) Ada penyewa dirumah tersebut dan Pembeli akan meneruskan sewaan demgan Penyewa tersebut

(iii) ada terma diantara Penjual dan Pembeli yang telah awal dipersetujui bersama (apa sahaja terma boleh dimasukkan dalam surat perjanjian jualbeli atas persetujuan bersama.

(2) Proses Execution (menandatangani setelah kedua duanya bersetuju) – 1-2 hari dari tarikh terma terma telah dipersetujui temujanji akan dibuat

(3) Proses stamping Agreement

(4) Proses Consent submission (sekiranya ada sekatan/ Pajakan)

– Surat kebenaran dari Bank Penjual (letter of no objection “lono”) untuk jualan yang baru kena dibuat sebelum proses consent ini dapat dibuat (biasanya proses mendapatkan surat “lono” ini sahaja memakan masa 2 – 3 minggu)

# Proses memohon Consent (Surat Kebenaran pula memakan masa (setelah lengkap semuanya) lebih kurang 1 bulan dari tarikh permohonan dibuat oleh Peguam)

(5) Proses penutupan hutang Penjual (kalau penjual masih berhutang dengan Bank) – Redemption statement (Penyata Baki Hutang Penjual)

– kaveat bank akan dimasukkan untuk membolehkan bank pembeli membuat bayaran keseluruhan hutang penjual.

(6) Proses adjudikasi Pindahmilik MOT untuk menentukan Duti Setem ke atas Hartanah (anggaran duti keluar dsri LHDN 2 minggu – 1 bulan dari tarikh permohonan dibuat oleh Peguam.

(7) proses mendapatkan semua dokumen dari pihak bank Penjual setelah bayaran penuh keatas hutang Penjual dengan Bank yang memegang cagaran Hartanah tersebut telah diselesaikan melalui loan/pinjaman Pembeli (sebahagian loan akan dikeluarkan melalui advise oleh pihak Peguam yang mewakili Bank (sekiranya bank diwakili oleh peguam lain) dan seterusnya proses akan diteruskan oleh Peguam Penjual (sekiranya ada) atau Peguam Jualbeli yang terbabit untuk proses ini. Dokumen penyelesaian hutang iaitu Melepaskan cagaran (borang 16 N) akan dihantar pada bank tersebut untuk pihak Bank tandatangani ) dan akan dilepaskan ke Peguam dokumen dokumen sekuriti berikut :

(1) Salinan Asal Jual beli
(2) Pendua cagaran (Borang 16A)
(3) Salinan Geran Asal
(4) Borang Melepaskan Kaveat keatas Hartanah tersebut (19G) sekiranya ada

Process ini biasanya akan memakan masa dalam 2 minggu hari bekerja dimana dalam Surat Perjanjian ada dinyatakan 14 hari bekerja diberi kepada Penjual untuk hal hal ini diselesaikan.

Apa apa sahaja kelewatan selepas 14 hari akan dikira kembali (ditolak dari pengiraan tarikh matang perjanjian Jualbeli) “Completion Date bagi menjaga kepentingan Pembeli.

(8) Proses pendaftaran semua dokumen terlibat dibuat diPejabat tanah berkaitan sebelum pihak bank pembeli dapat membuat advise terakhir bagi pengeluaran baki harga jual beli melalui baki loan yang tinggal.

(9) Baki harga jualbeli dilepaskan kepada Penjual setelah segala pembahagian bill bill semasa bagi hartanah tersebut dibuat “apportionment sum”) termasuk apa apa sahaja interest (sekiranya ada kelewatan)

(10) Penyerahan kunci akan dibuat selepas itu dan urusan penutupan file.

PERINGATAN

Pertukaran nama dibill cukai Pintu adalah kena dibuat sendiri oleh pihak Pembeli setelah transaksi selesai tetapi sekiranya pihak Pembeli mahu Pihak Peguam membantu maka satu fee sevis yang dibenarkan dibawah Perintah Saraan Peguam sebanyak RM100 akan dikenakan keatas Pembeli.

NOTIS

Kandungan penulisan ini, ketika tarikh ia diterbitkan adalah hanya sebagai rujukan umum. Ia tidak sama sekali bagi tujuan nasihat perundangan. Dapatkan nasihat guaman mengenai situasi anda secara khusus sebelum mengambil sebarang tindakan.

Get FREE Quotes!

What Type of Quotation(s) are you interested in?
Purchase price / Loan Amount /Rental ?
Where can I reach you?
Thank you for your enquiry. We will prepare you FREE Quotation within 24 hours!

Stamp Duty Calculator

The calculation formula for Tenancy Agreement Stamp Duty has amendments in the Finance Bill 2024. As of January 1, 2025, the new stamp duty calculation was implemented. Find out more on the NEW amendment here. 

Feel FREE to make use of our Tenancy Agreement Calculator below. Please do not hesitate to Get in Touch for a quotation for services required

Tenancy Agreement 2025

 

Base Stamp Duty: RM0.00
Additional Copy of Stamping: RM0.00
Total Amount Payable: RM0.00

Disclaimer:
We have made every effort to ensure the accuracy and correctness of the calculations, contents, information or data contained in this section. However, we do not represent or warrant the truth, accuracy, completeness and correctness of the same. We accept no liability for loss or damage suffered or incurred by you or your estate as a result of your reliance on the material above or howsoever arising from the use of the information or material presented herein. This page is intended for general awareness purposes only and should not amount to any form of advice.