PENYAKSIAN BORANG 14A (MOT) BAGI HARTANAH BERSTATUS TANAH RIZAB MELAYU

Tahukah anda bahawa bagi kes tanah rizab melayu, kedua-dua penjual dan pembeli PERLU menandatangan borang 14A (MOT) di hadapan Penolong Pegawai Daerah (Assistant District Officer) sebelum sebarang urusan pindahmilik dijalankan.

Dan ini berbeza bagi kes yang bukan berstatus tanah rizab melayu di mana penyaksian tandatangan borang 14A boleh disaksikan oleh peguam sahaja.

Ini selaras dengan objektif utama wujudnya Tanah Rizab Melayu iaitu untuk menyekat tanah kerajaan di dalam kawasan Rizab Melayu daripada dilupuskan kepada bukan Melayu.

Perkara 89 Perlembagaan Persekutuan telah mentakrifkan Tanah Rizab Melayu sebagai tanah yang disimpan untuk diberikan kepada orang Melayu sahaja.

Jadi apakah dokumen yang perlu dibawa ketika menandatangani borang 14A dihadapan Penolong Pegawai Daerah ?

a) Surat Beranak Asal Pembeli

b) Kad Pengenalan Asal Penjual & Pembeli

c) Geran Asal

d) Cukai tanah & Cukai Pintu

e) Perjanjian Jual Beli terkini yang telah disetem

f) Surat Tawaran Pinjaman yang telah disetem

g) Borang 14A (Pindahmilik) & Borang 16A (Gadaian)

Kesemua dokumen di atas akan disemak dengan teliti oleh penolong pegawai daerah bagi memastikan urusan dijalankan hanya daripada Melayu kepada Melayu sahaja. Sebelum Penjual dan Pembeli dipanggil ke dalam bilik penolong pegawai daerah, mereka perlu membuat pendaftaran biometrik di kaunter dengan menggunakan cap jari sebagai rekod.

 

NOTIS

Kandungan penulisan ini, ketika tarikh ia diterbitkan adalah hanya sebagai rujukan umum. Ia tidak sama sekali bagi tujuan nasihat perundangan. Dapatkan nasihat guaman mengenai situasi anda secara khusus sebelum mengambil sebarang tindakan.

Bacaan Selanjutnya...

logo-lppsa

PEMBIAYAAN LPPSA : TIPS MELANTIK PEGUAM

Berikut adalah beberapa tips untuk membantu anda dalam mencari peguam LPPSA yang tepat: 1. Layari Laman Web LPPSA LPPSA menyediakan portal bagi Pelanggan-Pelanggan LPPSA untuk mencari dan melantik barisan panel…

Get FREE Quotes!

What Type of Quotation(s) are you interested in?
Purchase price / Loan Amount /Rental ?
Where can I reach you?
Thank you for your enquiry. We will prepare you FREE Quotation within 24 hours!

Stamp Duty Calculator

The calculation formula for Tenancy Agreement Stamp Duty has amendments in the Finance Bill 2024. As of January 1, 2025, the new stamp duty calculation was implemented. Find out more on the NEW amendment here. 

Feel FREE to make use of our Tenancy Agreement Calculator below. Please do not hesitate to Get in Touch for a quotation for services required

Tenancy Agreement 2025

 

Base Stamp Duty: RM0.00
Additional Copy of Stamping: RM0.00
Total Amount Payable: RM0.00

Disclaimer:
We have made every effort to ensure the accuracy and correctness of the calculations, contents, information or data contained in this section. However, we do not represent or warrant the truth, accuracy, completeness and correctness of the same. We accept no liability for loss or damage suffered or incurred by you or your estate as a result of your reliance on the material above or howsoever arising from the use of the information or material presented herein. This page is intended for general awareness purposes only and should not amount to any form of advice.