PENYAKSIAN BORANG 14A (MOT) BAGI HARTANAH BERSTATUS TANAH RIZAB MELAYU

Tahukah anda bahawa bagi kes tanah rizab melayu, kedua-dua penjual dan pembeli PERLU menandatangan borang 14A (MOT) di hadapan Penolong Pegawai Daerah (Assistant District Officer) sebelum sebarang urusan pindahmilik dijalankan.
Dan ini berbeza bagi kes yang bukan berstatus tanah rizab melayu di mana penyaksian tandatangan borang 14A boleh disaksikan oleh peguam sahaja.