Soalan :
Saya nak beli rumah apakah dokumen dokumen yang perlu saya tahu dan yang perlu saya dapatkan dari Penjual dan dokumen apa yang saya kena sediakan?
Dokumen yg diperlukan adalah seperti berikut :-
(1) Salinan Geran
# *Dokumen wajib pada setiap transaksi dimana salinan asal biasanya ada di dalam simpanan bank (sekiranya penjual masih berhutang dengan bank (butir butir yang diperlukan untuk proses Carian) sebelum S&P dapat dibuat deraf. *
(2) Salinan perjanjian jualbeli terdahulu (sekiranya ada)
# *Diperlukan untuk pemfailan RPGT/CKHT *
(3) *Alamat terkini hartanah *tersebut (melalui cukai pintu dapat diketahui)
(4) cukai tanah dan cukai pintu terkini yg telah berbayar
# Perhatian cukai tanah dan cukai pintu yang berbayar adalah satu benda wajib disertakan untuk melancarkan pendaftaran dan juga dokumen wajib disertakan pada bank untuk tujuan advise pengeluaran loan/pinjaman
(5) Salinan kad pengenalan penjual dan pembeli
*Salinan Surat Beranak /Sijil Kelahiran sekiranya Rezab Melayu *
(6) Bil bil semasa ie bill letrik, bill air dan indah water hartanah tersebut or maintenance statement yang terbaru sekiranya condo/apartment/flat
#untuk tujuan pembahagian /apportionment sebelum penyerahan kunci dan hal hal berkaitan dalam transaksi .
(7) no cukai pendapatan penjual (sekiranya penjual tiada peguam) dan cawangan didaftarkan.
# *Ini adalah penting untuk pemfailan CKHT/RPGT *
(8) Salinan penyata hutang bank penjual bagi hartanah yang tersebut (untuk memastikan harta tersebut dijual tidak kurang dari harga hutang)
#untuk rujukan mudah boleh sarankan penjual buat online checking on full settlement kerana pihak Peguam hanya boleh memohon Penyata Baki Hutang setelah mendapat lantikan dan kebenaran bertulis dari Penjual
(9) Salinan perjanjian pinjaman bank penjual
# *untuk memastikan loan terkini Penjual (sekiranya masih berhutang) segala detail juga diperlukan unuk proses deraf S&P sekiranya dalam kes kes memerlukan tindakan segera. *
Kos Guaman hanya dapat ditentukan setelah puan/tuan nyatakan jenis harta tersebut dan harga belian kerana yuran guaman adalah termaktub dibawah Perintah Saraan Peguam. Dapatkan sebut harga disini
Kandungan penulisan ini, ketika tarikh ia diterbitkan adalah hanya sebagai rujukan umum. Ia tidak sama sekali bagi tujuan nasihat perundangan. Dapatkan nasihat guaman mengenai situasi anda secara khusus sebelum mengambil sebarang tindakan.
The calculation formula for Tenancy Agreement Stamp Duty has amendments in the Finance Bill 2024. As of January 1, 2025, the new stamp duty calculation was implemented. Find out more on the NEW amendment here.
Feel FREE to make use of our Tenancy Agreement Calculator below. Please do not hesitate to Get in Touch for a quotation for services required
Disclaimer:
We have made every effort to ensure the accuracy and correctness of the calculations, contents, information or data contained in this section. However, we do not represent or warrant the truth, accuracy, completeness and correctness of the same. We accept no liability for loss or damage suffered or incurred by you or your estate as a result of your reliance on the material above or howsoever arising from the use of the information or material presented herein. This page is intended for general awareness purposes only and should not amount to any form of advice.